Wednesday, April 28, 2010

Menerobos sempadan diri

Posted by Ida Maslina at 2:23 PM 0 comments

Produk terlaris pada bulan ini adalah karangan Dato' Hj. Mohd Madilah Kamsah yang bertajuk Menerobos Sempadan Diri. Mesti kita akan tertanya-tanya apakah dia menerobos sempadan diri? Buku ini adalah modul untuk kegunaan harian pelajar dan remaja menghafal doa dan mengamalkan adab-adab seharian. Untuk menjadi cemerlang seseorang harus melakukan lebih usaha. Orang yang banyak mem-baca, ilmu pengetahuannya bertambah. Orang yang banyak menghafal doa pula akan menjernihkan hati serta menaruh keyakinan yang tinggi kepada Allah s.w.t. Adab harian pula akan menjadi rutin apabila selalu diamal-kan. Diri anda sebenarnya mampu melakukan "Wonders" lebih daripada apa yang sangkakan. Apa yang minda anda mampu bayangkan, anda mampu bayangkan, anda mampu milikinya. Tetapi anda sering dipagari tembok yang menghalang anda daripada mencapai cita-cita tersebut. Kadang-Kadang anda takut gagal. Sejarah lampau juga mengahantui langkah anda. Mungkin juga anda jahil. Atau ssaran anda kabur untuk anda fokus. Buku ini memberi panduan untuk anda meruntuhkan tembok iu dan menerobos sempadan diri anda. Buku ini amat menarik dan sesuai untuk bacaan semua lapisan masyarakat. Dapatkannya di pasaran sekarang!!!

Tuesday, April 27, 2010

Pendidikan Awal Kanak-kanak

Posted by Ida Maslina at 2:22 PM 0 comments

Rumusan kajian Dr Glenn Doman:

  1. Tiada ahli sains yg dpt mengalahkan kanak-kanak, dari segi semangat belajar, mengkaji, mencuba dan menyelidik. Kanak-kanak akan lebih gembira jika lebih banyak dan lebih cepat menerima pelajaran. Potensi kanak-kanak membaca sama sahaja dengan potensi bercakap.
  2. Kanak-kanak boleh bercakap dahulu kerana kanak-kanak lebih banyak menerima ransangan pendengaran percakapan.
  3. Sekiranya rangsangan mata dan telinga sama banyak diterima, pasti kanak-kanak akan dapat membaca dan bercakap pada waktu yg sama. Walau bagaimanapun ia bergantung kepada kaedah dan suasana pembelajaran.
  4. IQ akan meningkat dengan pesat bila dirangsangkan dalam peringkat ini dan berkurangan pada peringkat seterusnya.
  5. Apa yg tidak diperolehinya semasa kecil, sangat sukar diperolehi apabila ia besar kelak.
  6. Pembelajaran pada masa akan datang juga terletak di atas apa yg didapatinya semasa kecil.
  7. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yg cacat otak (seperti akibat demam panas) masih boleh dirawat jika sel otaknya dirangsangkan sebelum umur persekolahan.
Dipetik dari buku Indahnya Hidup Bersyariat dari Dato' Ismail Kamus.

Monday, April 26, 2010

Sifat Peribadi Seorang Usahawan

Posted by Ida Maslina at 1:59 PM 0 comments


Berikut adalah sifat peribadi yg perlu ada pada setiap usahawan. Jika anda mempraktikkan setiap satu darinya, InsyaAllah anda akan dapat menjadi seorang usahawan yg tersohor.
  1. Bersemangat dan berkeinginan tinggi untuk berjaya dalam mencapai matlamat. Semangat ialah daya penggerak kepada perniagaan.
  2. Memandang masa hadapan dengan jelas. Pandangan seorang usahawan selalunya disokong oleh himpunan idea yg belum ada dalam pasaran. Idea ini amat jelas utnuk direalisasikan walaupun perinciannya mungkin belum lengkap dan boleh diubah suai. Idea ini sering dipromosikan dengan penuh keyakinan dan kecintaan.
  3. Berkeupayaan untuk bekerja keras. Seorang usahawan sering mempunyai sikap mabuk kerja atau "workaholic". Dia bekerja keras untuk merealisasikan impiannya.
  4. Berfikiran positif. Usahawan berfikiran positif seperti sikap hero dlm filem box office barat yg sentiasa berfikir bahawa tindakannya tetap akan berjaya walaupun nampak seperti mustahil untuk dicapai.
  5. Berani membuat keputusan. Keputusan memang sentiasa perlu dibuat dan perlu dibuat dengan kadar segera. Lambat membuat keputusan bermakna setengah daripada jalan kegagalan sudah ditempah.
  6. Bersikap optimistik. Yakin dengan kebolehan diri sendiri serta mengambil falsafah "Masa kini ialah masa yang terbaik" dan "Semua perkara boleh dilakukan".
  7. Pandai mengatur strategi untuk menukar impian menjadi realiti.
  8. Berani mengambil risiko secara berhemah. Risiko tetap wujud dalam semua situasi, cuma kadarnya berbeza-beza. Jika kita mengambil perkiraan yg teliti (calculated risks), namun masih menemui kegagalan, itu bukan dikira kesilapan diri kita lagi.
  9. Melahirkan daya usaha niaga yang berterusan untuk mengatasi masalah.
  10. Bekerja sendiri. Usahawan sering mahu bekerja sendiri daripada bekerja di bawah sesuatu organisasi atau bekerja di bawah org lain. Bekerja dengan seseorang untuk mendapat pengetahuan atau pengalaman untuk menghasilkan sesuatu produk atau perkhidmatan buat suatu jangka masa yg pendek dan kemudian menjalankan perusahaan sendiri.
  11. Mempunyai daya kepimpinan dengan mengutamakan kepimpinan dgn sifat mengasuh dan mendidik. Kesanggupan mengetuai dan mengawasi sesuatu usaha sehingga pekerja di bawah organisasinya boleh bekerja tanpa perlu pemantauan.
  12. Bersikap sedia menerima tanggungjawab. Kesanggupan memikul tanggungjawab kepada sebarang usaha dari segi moral, mental dan undang-undang. Lebih berorientasikan kemanusian daripada kepentingan diri. Bersedia memenuhi permintaan pelanggan.
  13. Berorientasikan ganjaran atau habuan. Keinginan mendapat ganjaran hasil drp usaha dan ikhtiar. Ganajaran paling utama ialah dalam bentuk wang. Tetapi boleh juga diambil dalam bentuk pengikhtirafan, pangkat, nama, anugerah dan rasa hormat.
  14. Berorientasikan kecemerlangan. Meletakkan sasaran pencapaian sesuatu yang luar biasa yang dapat memberi kebanggaan.
  15. Bersemangat organisasi. Seorang usahawan mampu membawa semua komponen perniagaan termasuk sumber tenaga manusia (personel atau kakitangan) ke arah kejayaan. Dia juga mampu mempengaruhi orang lain untuk menyokong dan membantu usahanya.
  16. Berorientasikan keuntungan. Seorang usahawan bijak mentaksir harga. Dia mempunyai keinginan untuk mendapat apa jua bentuk ganjaran. Bagaimanapun, keuntungan cuma merupakan kayu pengukur tahap kejayaan dan pencapaian. Ketika melantik Malik bin Al-Haris menjadi gabenor di Mesir, Saidina Ali k.w.h. berkata, "Menjadi hak kepada pedagang untuk memperolehi keuntungan atas usaha mereka menyediakan barangan yg berguna kepada masyarakat."
  17. Bertakwa kepada Allah SWT dengan mengangkat-Nya menjadi Petunjuk, Pembimbing dan Pemerhati kepada aktiviti perniagaan kita.
Di harap semua sifat2 peribadi di atas terdapat dalam diri semua pembaca blog ini. Bersama2 lah kita menuju kejayaan di dunia dan juga di akhirat kelak. Amin...

Monday, February 22, 2010

Sinopsis Buku - 101 Doa Daripada Hadis-hadis Sahih

Posted by Ida Maslina at 7:46 PM 0 comments


Penulis : Zahazan Mohamed
Kod Katalog :
TBBK 1037

Kod ISBN :
978-983-3494-74-3
HARGA : RM29.90

Sinopsis :

Doa dan zikir mampu menjadi motivasi diri untuk menguatkan rohani dan jiwa. Ahli psikologi mengatakan apa yang minda kita mampu fikir, kita mampu buat. Fikiran minda itu ialah doa dan zikir. Selain itu doa dan zikir juga perlu melalui adab dan kaifiat untuk mendatangkan kesan yang optimum. Doa dan zikir ialah suara hati. Namun jika doa dan zikir itu daripada hadis bermakna pemohon membawa suara hati Rasulullah s.a.w. untuk memohon kepada Allah s.w.t. Sudah tentu impak-nya lebih kuat.

Sila klik sini utk ke Buku Digital.

Sinopsis Buku - Petua Mendidik Anak Menjadi Insan Positif

Posted by Ida Maslina at 7:31 PM 0 comments


Penulis : Dato` Dr. Hj Mohd. Fadzilah Kamsah
Kod Katalog :
TBBK 1043

Kos ISBN :
978-983-3494-33-1
HARGA : RM19.90

Sinopsis :

Anak ialah cahaya mata penawar hati ibu dan ayah. Inilah ikatan kasih yang paling istimewa dalam hidup ini. Anak juga sebahagian daripada ujian Allah. Kesabaran dalam mendidik anak-anak, diuji dengan kerenahnya seawal hari pertama kelahiran hingga meningkat dewasa. Apatah lagi apabila mereka menjenguk usia remaja. Apakah ciri-ciri anak yang positif? Adakah cukup sekadar pendidikan duniawi semata-mata? Benarkah pemilihan pasangan mempengaruhi peribadi anak-anak?

Sila klik sini utk ke Buku Digital.

Sinopsis Buku - Nota Jutawan Nota Perniagaan

Posted by Ida Maslina at 7:11 PM 0 comments



Penulis : Irfan Khairi
Kod Katalog :
TBBK 1088

Kos ISBN :
978-967-5102-22-8
HARGA : RM 30.00

Sinopsis :

Penulis buku terlaris Nota Jutawan Nota Motivasi, Irfan Khairi kini menghasilkan siri seterusnya dalam Nota Jutawan Nota Perniagaan. Seorang usahawan Internet yang berjaya dan diberi jolokan Jutawan Siber, Irfan juga berkecimpung dalam berbagai-bagai perniagaan termasuk syarikat pengurusan acara, syarikat penerbitan serta syarikat produksi. Dalam buku ini, Irfan Khairi berkongsi pelbagai tip dengan para usahawan dan juga bakal usahawan dalam mencapai kejayaan yang cemerlang dalam bidang perniagaan. Buku penuh warna-warni ini memberi senarai panduan dalam bentuk yang paling mudah berserta ilustrasi menarik.

Sinopsis Buku - Nota Jutawan Nota Motivasi

Posted by Ida Maslina at 6:49 PM 0 comments


Penulis : Irfan Khairi
Kod Katalog :
TBBK 1065

Kod ISBN :
978-983-3494-91-0

Harga : RM 39.90

Sinopsis:

Kekuatan utama buku ini terletak kepada penulis buku ini sendiri iaitu Dr. Irfan Khari, seorang pakar yang sangat terkenal dalam dunia Internet. Buku ini secara khusus mensasarkan kepada mereka yang cenderung untuk meningkatkan taraf hidup pada usia yang masih hijau. Ia memberi panduan ke-pada anak muda untuk belajar berdikari dan berdiri di atas kaki sendiri. Ia sesuai dijadikan modul untuk bengkel keusaha-wanan serta boleh dijadikan cenderahati kepada para pelajar mahupun anak-anak.

Sila klik sini utk ke Buku Digital.
 

Ilmiah Store Copyright © 2010 Designed by Ipietoon Blogger Template Sponsored by Online Shop Vector by Artshare